Khamis

Pendaftaran Kursus Penternakan & Pembenihan Ikan Keli


Pernahkah anda terfikir, BAGAIMANA MENTERNAK IKAN KELI, TALAPIA, PUYU DAN HARUAN SECARA BERKESAN?
BAGAIMANA PENGHASILAN BENIH IKAN YANG BERMUTU TINGGI?


Aqasia Aquatik ada jawapannya dimana kami menawarkan kursus secara Intensif Penternakan Dan Pembenihan Ikan Keli, Talapia, Puyu & Haruan hanya 1 hari.

- Belajar setiap hujung minggu atau hari biasa.
- Terbuka kepada umum.
- Kami hanya perlu 2-10 orang peserta sahaja setiap sesi.

KURSUS YANG DITAWARKAN :

1. Kursus Asas Penternakan Ikan Keli
Masa : 9.30 pagi - 2.00 petang
Yuran : RM 200.00


2. Kursus Pembenihan Ikan Keli*
Masa : 9.30 pagi - 5.00 petang
Yuran : RM 250.00


Tempat :
Kolam Ternak Aqasia Aquatik
Lot 1030, Kg. Pulau
71900 Labu, Seremban
Negeri Sembilan

- Makan dan Minum disediakan
- Nota dan Sijil disediakan
- Kursus secara Teori & Praktikal terus dari kolam
- CD Teknik Pembenihan disediakan*


Bagi peserta kursus ini, pembelajaran susulan selepas tempoh kursus ini adalah percuma iaitu tentang penjagaan/pengurusan benih didalam kolam asuhan sehingga boleh dituai untuk jualan.

Sekiranya Berminat Bolehlah Booking Tempat Dulu.
Telefon:

Yusry = 019-3175 378
Fazly = 012-3435 308

Apa Itu Makanan Organik?

Salam kawan2 semua...
Di harap sihat semuanya. Disini saya hendak terangkan mengenai pemakanan organik ikan keli setelah ramai yg bertanya. Secara asasnya, kita semua tahu habitat keli adalah di paya2, sungai dan lombong. Habitatnya kita cuba aplikasikan semula ke dalam kolam ternakan kita.


Bagaimana ikan keli lombong boleh hidup tanpa ada orang bagi makan? Habitat semulajadi keli kaya dgn zooplankton, algae lumut dan cacing. Jadi makanan organik mengandungi sumber-sumber tertentu yang menggalakkan pertumbuhan organisma2 yang menjadi sumber pemakanan keli ini.
Di samping air dan ikan yang tidak berbau kami juga mendapati kadar pertumbuhan ikan adalah sama dgn ikan yang diberi makan pallet setiap hari.


Cara menggunakan makanan organik-sesuai untuk kolam yang tidak mengalir-pasir atau tanah diletakkan dalam setengah kaki untuk kolam simen/pasir-setelah air dimasukkan , makanan organik tadi direndam di dalam air dan dibiarkan selama 5 hari sebelum dimasukkan benih. Permukaan air lebih elok kalau kita letak tumbuhan air seprti keladi bunting,etc.-Stp bag ialah 4 kg dan dapat membekal nutrient dalam 2500 benih ikan keli. Tahan selama 3 bulan tanpa perlu tukar air. Kedalaman air bergantung kepada saiz benih ikan keli.

Sebarang tempahan boleh inform awal 2 minggu dan apa2 kemusykilan kami sedia membantu.
Terima kasih

Pengurusan Mutu Air Kolam

Salam...
Sumber air yang sesuai ialah sungai, kolam, telaga dan mata air yang tidak tercemar. Kualiti dapat dipantau menggunakan para-meter air. (Boleh didapati di Jabatan Perikanan Malaysia)


Jadual Kualiti air yang sesuai
Suhu (celcius) 28-31
Oksigen terlarut >3
ppmpH 6.5-8.5
Paras Alkali >100ppm CaCO3
Keliatan >40-100 CaCO3
Kalsium >100ppm CaCO3
Ammonia <0.02>

Bacaan ini penting bagi menjamin pertumbuhan ikan di tahap optimum. Jika penternak tidak mengetahui cara menggunakan para-meter, minta pegawai perikanan supaya melawat ke tempat anda untuk menjalani pemeriksaan air.Air perlu ditukar jika warnanya hijau pekat dan mengeluarkan buih-buih kasar.
Disyorkan air ditukar setiap 2 minggu bagi yang menggunakan sistem kanvas atau kolam simen. Bagi kolam tanah air ditukat sekurang-kurangnya separuh setiap sebulan. Diharap info ini membantu para penternak-penternak baru.
Sama-sama kita maju dan bekerjasama.