Isnin

Tip Pembenihan Ikan Keli



Dalam pembenihan ikan keli selain dari parameter air yang sesuai pemilihan induk adalah sangat penting. Pengasingan di peringkat awal dalam kolam berasingan antara induk betina dan jantan dapat mengelak sprawning yang tidak di jangkakan, terutama bila hujan.

Induk induk yang di pilih hendaklah dari jenis 'kepala air' atau dari benih 'AAA' ,sekurang kurang nya setahun telah di ternak. 40 hari sebelum di suntik hendaklah di beri makan dengan protin tinggi tidak kurang dari 45 %, 2 kali sehari.
Masalah utama dalam teknik aruhan ialah air mani jantan yang sedikit, ini boleh di buat dengan mengambil air mani jantan ini setengah jam sebelum di perah telor betina dan campurkan dengan air saline ( 9 gram garam/liter air).
Untuk mengelakkan daripada melekat dan berketul ketul campurkan air mani ini dengan sedikit tanah liat.

Elakan daripada:
1.Induk yang makan perut ayam
2.Pensenyawan yang terlalu awal.
3.Menyuntik induk yang tidak matang

Penerangan terpeinci akan dikupas didalam sesi Kursus Penternakan Ikan Keli.. Jangan lupa mendaftar bagi mengikuti kursus untuk mengetahui lebih lanjut lagi penternakan Ikan Keli dan ikan Air Tawar yang lain..

Berapa Banyak Ikan Boleh DiTernak DiDalam Kolam?


Berapa Banyak Ikan Boleh DiTernak?

Kaedah bagi membuat pengiraan berapa banyak ikan boleh diternak ada pelbagai. Jika berdasarkan maklumat daripada jabatan perikanan berapakah cara yang sesuai dikira?

Penerangan terpeinci akan dikupas didalam sesi Kursus Penternakan Ikan Keli.. Jangan lupa mendaftar bagi mengikuti kursus untuk mengetahui lebih lanjut lagi penternakan Ikan Keli dan ikan Air Tawar yang lain..



Adakah Ikan Keli Banyak Makan?


Adakah Ikan Keli Banyak Makan?

Kedengaran desas desus bahawa ikan keli banyak makan. Ini ditambah pula dengan kecenderongan pengusaha mahupun ahli keluarga memberi ikan keli makan dek kerana keseronokan melihat ikan makan. Kecenderongan memberi makan lebih membuak-buak apabila ada tetamu yang bertandang dan ingin melihat ikan yang dipelihara.

Adakah ikan keli banyak makan? Dan perlu makan banyak?

Berdasarkan kajian, ikan keli hanya makan semaksima 10% daripada berat badannya. Ya, hanya maksimum 10% daripada berat badan nya dalam sehari. Namun begitu, kita sarankan ianya diberi makan berperingkat mengikut saiz badannya dan diberi makan dari 2% - 10% daripada berat badan.

Penerangan terpeinci akan dikupas didalam sesi Kursus Penternakan Ikan Keli.. Jangan lupa mendaftar bagi mengikuti kursus untuk mengetahui lebih lanjut lagi penternakan Ikan Keli dan ikan Air Tawar yang lain..

Selasa

Penyediaan Kertas Kerja

Anda bermasalah menyediakan kertas kerja @ paper work yang sempurna?

Ingin Membuat Pinjaman Dari Bank, TEKUN, MARA Dan Sebagainya?

¡ñ Contoh Terbaru Kertas Kerja Yang Baru Diluluskan Oleh Bank Pembangunan (Sme Bank) Dalam Bentuk Word
¡ñ Worksheet Borang MARA Bawah 50k/Cth Borang Yang Telah Siap Diisi
¡ñ Contoh Kertas Kerja MARA Bagi Pinjaman Atas RM100,000.00
¡ñ Perisian Perakaunan Dalam Bentuk Excell Bagi Usahawan @ Panduan Percukaian Individu
¡ñ Worksheet @ Lembaran Kerja Bagi Bahagian Projectioan Dalam Bentuk Excell

A. Kertas Kerja Dalam Bidang Perunciitan seperti :
Bakeri
Catering
Frozen Food
Makanan Ringan
Restoran Makanan
Perniagaan Coklat
Western Food
Catering
Cyber Caf¨¦
Kedai Komputer
Kedai Alat Tulis
Kedai Jahitan
Kadai Dobi
Sulaman & Jahitan
Butik
Salun

B. Kertas Kerja Dalam Bidang Penternakan seperti :
Penternakan Ikan Keli
Lembu
Kambing
Ayam
Itik
Puyuh
Cacing

C. Kertas Kerja Dalam Bidang Pertanian seperti :
Sayur-sayuran
Buah Naga
Cendawan
Pisang

Dapatkan Ianya Sekarang..
Telefon:
Fazly = 012-3435 308

Sabtu

Tapak Kolam Baru Aqasia

 
 


Aqasia Aquatik sedang menambah rangkaian 6 kolam tanah bagi menempatkan benih Ikan & pelbagai jenis ikan air tawar lagi..

Khamis

Pendaftaran Kursus Penternakan & Pembenihan Ikan Keli


Pernahkah anda terfikir, BAGAIMANA MENTERNAK IKAN KELI, TALAPIA, PUYU DAN HARUAN SECARA BERKESAN?
BAGAIMANA PENGHASILAN BENIH IKAN YANG BERMUTU TINGGI?


Aqasia Aquatik ada jawapannya dimana kami menawarkan kursus secara Intensif Penternakan Dan Pembenihan Ikan Keli, Talapia, Puyu & Haruan hanya 1 hari.

- Belajar setiap hujung minggu atau hari biasa.
- Terbuka kepada umum.
- Kami hanya perlu 2-10 orang peserta sahaja setiap sesi.

KURSUS YANG DITAWARKAN :

1. Kursus Asas Penternakan Ikan Keli
Masa : 9.30 pagi - 2.00 petang
Yuran : RM 200.00


2. Kursus Pembenihan Ikan Keli*
Masa : 9.30 pagi - 5.00 petang
Yuran : RM 250.00


Tempat :
Kolam Ternak Aqasia Aquatik
Lot 1030, Kg. Pulau
71900 Labu, Seremban
Negeri Sembilan

- Makan dan Minum disediakan
- Nota dan Sijil disediakan
- Kursus secara Teori & Praktikal terus dari kolam
- CD Teknik Pembenihan disediakan*


Bagi peserta kursus ini, pembelajaran susulan selepas tempoh kursus ini adalah percuma iaitu tentang penjagaan/pengurusan benih didalam kolam asuhan sehingga boleh dituai untuk jualan.

Sekiranya Berminat Bolehlah Booking Tempat Dulu.
Telefon:

Yusry = 019-3175 378
Fazly = 012-3435 308

Selasa

Galeri Terkini


Senarai Produk

*Kami Menawarkan Harga Yang Rendah Bagi Pengusaha & Penternak Ikan Di Sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Selangor & Kuala Lumpur.

Benih Keli dari RM0.06 Sen
- 1 - 1 1/2 Inci RM0.04 Sen
- 2 Inci RM0.06 Sen
- 3 Inci RM0.9 Sen

Benih Talapia Merah dari RM0.10 Sen 
- 1-1 1/2 Inci RM0.10 Sen
- 2 Inci RM0.12 Sen

- 3 Inci RM0.15 Sen

Benih Patin dari RM0.25 Sen
- 2 Inci RM0.25 Sen

Benih Puyu dari RM0.10 Sen
- 1 Inci RM0.10 Sen
- 2 Inci RM0.15 Sen


 Benih Kap Rumput dari RM0.30 Sen
- 3 Inci RM0.60 Sen

Benih Rohu dari RM0.20 Sen
- 1 Inci RM0.20 Sen
- 2 Inci RM0.30 Sen


Benih Baung dari RM0.35 Sen
- 2 Inci RM0.25 Sen

Benih Haruan dari RM0.40 Sen
- 3 Inci RM0.60 Sen

Benih Udang Galah dari RM0.12 Sen
- 1 Inci RM0.12 Sen
- 2 Inci RM0.25 Sen

*Kami juga menjalankan aktiviti menternak & membekalkan ikan-ikan air tawar:
Ikan Keli (100% Pallet) dari RM3.80
Ikan Patin dari RM12
Ikan Puyu dari RM11
Ikan Rohu dari RM8
Ikan Haruan dari RM15
Ikan Tilapia Merah dari RM5
Induk Ikan Keli dari RM15/ kg


Effective Microorganisma (EM) dari RM10
Ovaprim Dari RM85

Atermia dari RM190
Pellet Makanan(20kg) dari RM 55
Kursus Penternakan & Pembenihan


*Contract Farming Dialu-alukan.
*Harga yang tertera masih boleh dirunding.
*Mengikut harga pasaran semasa & Terma Syarat.

Hubungi kami:
Aqasia Aquatik Enterprise
Lot 1030, Kg. Pulau
71900 Labu, Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Yusry (019-3175 378/ 017-2126 317)
Fazly (012-3435 308)


Anda boleh juga e-mail kami di:
aqasia_aquatik@yahoo.com

Jumaat

Plan Lokasi

Khamis

Sekilas Pandang

Assalammualaikum..
Projek penternakan Ikan Air Tawar ini (Aqasia Aquatik) beroperasi di tapak yang terletak di Kampung Pulau, Labu, Negeri Sembilan dimana projek penternakan ini dimiliki 100% bumiputra. Lokasi kolam yang strategik iaitu lebih kurang 3 km daripada pekan Labu, 6 km dari pekan Nilai dan 18 km daripada pekan Seremban.

Aqasia Aquatik ditubuhkan pada tahun 2005 dan objektif penubuhan adalah untuk menerokai bidang baru yang berpotensi iaitu bidang yang berkaitan dengan perikanan. Penglibatan kami ini mendapat bimbingan daripada badan kerajaan terutama daripada Jabatan Perikanan Malaysia serta beberapa badan lain yang terlibat dalam dunia perikanan.

Memandangkan usia penubuhan yang masih diperingkat awal, maka kami menggalas tanggungjawab yang besar untuk mewujudkan prasarana dan infrastruktur bagi tujuan pengeluaran ikan keli dan tilapia merah secara komersial dan konsisten demi untuk bersaing dengan para pengusaha ikan yang lain. Kami berusaha untuk menjadi penternak yang moden ke arah menjadi pengusaha yang dinamik dalam mengeluarkan produk yang berasaskan perikanan ini supaya produk yang dikeluarkan adalah selamat dan berkualiti.

Kami berharap dapat menceburkan diri dalam pengeluaran produk hiliran dan makanan yang berasaskan perikanan di masa hadapan di samping mempelbagaikan jenama makanan ikan yang terdapat di pasaran terutama bagi keluaran bumiputera yang halal, suci dan bersih. Kami juga berharap dengan penglibatan kami sebagai ahli baru dalam komuniti perikanan ini dapat membantu dalam menghasilkan keperluan makanan negara dan seterusnya dapat membantu merangsang ekonomi negara. Kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  • Membekal Ikan Keli Segar (Makanan Pallet Sahaja)
  • Membekal pelbagai Ikan Air Tawar
  • Menjual Benih-benih Air Tawar
  • Membekal Ikan Salai
  • Menjual Makanan Ika(Pallet)
  • Menjual Kolam Kanvas & Poly Tank
  • Memberi Khidmat Nasihat & Kursus Perikanan

Pengenalan Ikan Keli

Apa Itu Ikan Keli?
Rupa ikan keli menyerupai ikan sembilang. Biasanya mempunyai warna hitam dan keperang-perangan mempunyai sesungut di mulutnya. Sesungut mempunyai bisa boleh menyebabkan kematian. Biasanya berat ikan 200 gram.

Ikan keli terkenal di banyak negara. Ikan keli mempunyai bentuk badan yang fleksibel, bahagian atasnya gelap dan bawahnya pula cerah. Ikan keli popular di kalangan orang ramai kerana isinya yang sedap dan harganya tidak begitu mahal. Bagi penternak pula, ikan keli tidak cerewet. Ikan keli tahan lasak dan fleksibel dari segi diet pemakanan.
Ikan keli boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan air dan mampu hidup di atas darat tanpa air asalkan kulitnya sentiasa basah. Ikan keli juga kuat makan, yang menjadikannya membesar dengan cepat. Namun ikan keli terdapat banyak spesies.

Di US, banyak diternak ikan keli spesis Channel Catfish. Di Malaysia pula ikan keli yang popular dari spesis Clarias Gariepinus. Di Malaysia, ramai yang berkata Clarias Gariepinus membawa maksud ikan keli eksotik. Tetapi di luar Malaysia ada yang memaksudkannya ikan keli afrika.
Menurut fakta penternak-penternak di US, ikan keli spesis Channel Catfish dapat menghasilkan jumlah berat yang lebih tinggi berbanding spesis Clarias Gariepinus jika diberikan sejumlah makanan yang sama.


Rabu

Koleksi Gambar

Keli Organik Jadi Pilihan

Penghasilan Keli Organik

1. Benih dihasilkan daripada tiga baka Ikan yang berbeza:
a. Induk = Ikan Keli Afrika

b. Baka = Ikan Limbat Kampung & Ikan Keli Bunga

2. Suntikan Minyak Ikan Kod yang kaya dengan Omega-3 & Vitamin menjadikan kualiti benih dan daging ikan lebih bermutu dan kenyal.


 

3. Induk yang benar-benar matang sahaja dipilih bagi penghasilan baka Keli Organik. 

Kenapa Keli Organik Menjadi Pilihan
1. Dijamin dari segi kebersihan dan halal.
2. Kurang bau hanyir dan lendir.
3. Salah satu makanan yang memberi lebihan protein “Omega-3”.
4. Kualiti daging ikan lebih enak dan pejal.
5. Kadar kematian benih yang kurang.
5. Harga bekalan benih serta makanan ikan yang berpatut.


Kebaikan Ikan Keli Dengan Omaga-3
Minyak ikan mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi datang dari sumber makanan ikan iaitu "fitoplankton". Asid lemak omega-3 banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak.

Komponen utama minyak walnut adalah asid a-linoleik (ALA), sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan minyak ikan adalah EPA dan DHA. Manakala minyak sayuran pula kadar asid lemak omega-6 yang tinggi seperti minyak jagung dan minyak soya yang mengandungi asid linoleik (LA) yang banyak.

Dalam tubuh manusia ALA ini boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA, walaubagaimanapun, proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua.

Apakah Asid Lemak Omega 3
Terdapat tiga komponen utama asid lemak omega-3 iaitu:- 

1) Asid O-Linolek (ALA)
2) Asid Eicopentaenoik (EPA)
3) Asid Dokosoheksonoik (DHA)

Asid lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:- 

1) Tepu (saturated)
2) Tidak Tepu (unsaturated)

Kebaikan Asid Lemak Omega-3 Terhadap Kesihatan ManusiaAntara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-
-Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi
-Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
-Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis
-Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)
-Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
-Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin
-Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi
-Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia
-Menggalakkan kecerdasan fikiranIkan Berprotein Tinggi

Ciri-Ciri Kolam

Ciri-Ciri Kolam
Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilahmempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingansupaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam kekolam yang lain.

Pengawalan Patogen
1. Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untukmengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulusdan Lernaea.
2. Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akanmembunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.
3. Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppmselama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapatmenanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.
4. Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawatdisimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikantidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.
5. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini bolehmenyebabkan penyakit primier.
6. Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawatterlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyaipatogen yang akan menjangkiti anak ikan.
7. Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekuranganmakanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogenmenyerang ikan.

Pengawalan Penyakit Ikan Ternakan

PENGAWALAN PENYAKIT IKAN TERNAKAN
Pengawalan penyakitA) Faktor-Faktor TekananDalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang bolehmenyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;


i) Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air),dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:
a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tdak sesuai, di mana air cepatpanas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-tiba.
b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkandi dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikan akan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air didalam kolam.

ii) Sumber dan Mutu Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara6.5 – 9.0 .

iii) PengendalianPengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.

iv) Faktor KesesakanKepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan kesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami tekanan.

v) MakananMakanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitufitoplakton dan zoo plankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang, Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupidan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.

Apa Itu Makanan Organik?

Salam kawan2 semua...
Di harap sihat semuanya. Disini saya hendak terangkan mengenai pemakanan organik ikan keli setelah ramai yg bertanya. Secara asasnya, kita semua tahu habitat keli adalah di paya2, sungai dan lombong. Habitatnya kita cuba aplikasikan semula ke dalam kolam ternakan kita.


Bagaimana ikan keli lombong boleh hidup tanpa ada orang bagi makan? Habitat semulajadi keli kaya dgn zooplankton, algae lumut dan cacing. Jadi makanan organik mengandungi sumber-sumber tertentu yang menggalakkan pertumbuhan organisma2 yang menjadi sumber pemakanan keli ini.
Di samping air dan ikan yang tidak berbau kami juga mendapati kadar pertumbuhan ikan adalah sama dgn ikan yang diberi makan pallet setiap hari.


Cara menggunakan makanan organik-sesuai untuk kolam yang tidak mengalir-pasir atau tanah diletakkan dalam setengah kaki untuk kolam simen/pasir-setelah air dimasukkan , makanan organik tadi direndam di dalam air dan dibiarkan selama 5 hari sebelum dimasukkan benih. Permukaan air lebih elok kalau kita letak tumbuhan air seprti keladi bunting,etc.-Stp bag ialah 4 kg dan dapat membekal nutrient dalam 2500 benih ikan keli. Tahan selama 3 bulan tanpa perlu tukar air. Kedalaman air bergantung kepada saiz benih ikan keli.

Sebarang tempahan boleh inform awal 2 minggu dan apa2 kemusykilan kami sedia membantu.
Terima kasih

Pengurusan Mutu Air Kolam

Salam...
Sumber air yang sesuai ialah sungai, kolam, telaga dan mata air yang tidak tercemar. Kualiti dapat dipantau menggunakan para-meter air. (Boleh didapati di Jabatan Perikanan Malaysia)


Jadual Kualiti air yang sesuai
Suhu (celcius) 28-31
Oksigen terlarut >3
ppmpH 6.5-8.5
Paras Alkali >100ppm CaCO3
Keliatan >40-100 CaCO3
Kalsium >100ppm CaCO3
Ammonia <0.02>

Bacaan ini penting bagi menjamin pertumbuhan ikan di tahap optimum. Jika penternak tidak mengetahui cara menggunakan para-meter, minta pegawai perikanan supaya melawat ke tempat anda untuk menjalani pemeriksaan air.Air perlu ditukar jika warnanya hijau pekat dan mengeluarkan buih-buih kasar.
Disyorkan air ditukar setiap 2 minggu bagi yang menggunakan sistem kanvas atau kolam simen. Bagi kolam tanah air ditukat sekurang-kurangnya separuh setiap sebulan. Diharap info ini membantu para penternak-penternak baru.
Sama-sama kita maju dan bekerjasama.